Tuesday, June 2, 2009

Wah.... sudah sekian lamanya aku tak update blog ni.
Semalam, 1 Jun 2009, aku keluar ngan someone special sesajer nak teman dia dihari jadinya. Aku, Papik n Rita. We just having a cup cakes at WonderMilk and after that we take a drink at Starbucks Uptown Damansara. Agak menarik sebab aku baru kenal Rita dan dia 'OKeyyy' n for me she's a funny person n nice to know her. Lama jugak la lepak dgn diorang ni. At least aku tak la stress sgt kan sebab dlm masa yg sama I have a family problem with my sister. Mana taknyer, she's keep calling me sampai aku tak tahan dah nak layan.

HAPPY BUFFDAY PAPIK!!!!! :-)

Lepas hantar Rita balik, kitorang pun terus la balik Shah Alam dimana disitulah rumah sewaan si Fahmie. But I still thinking apa aku nak bagi kat si Fahmie plak?? Kebetulan hari yang sama diorang punyer anniversary yang ker -2. Ting!!!! Idea... I decide going to Coffee Bean and have some cake for them. I bought three slices of cake which is one for Papik and the other two for them. I bought Triple Decker, Chicago Cheesecake and Chocolate Fudge str8 away da pow for them.

HAPPY 2nd ANNIVERSARY FAHMIE & SEPET

Anyway, selamat dan selamat lah korang sumer k. Aku doakan korang yg mana tgh menyambut birthday tu ngan anniversary tu SEMOGA BERKEKALAN HINGGA ANAK CUCU (ada anak ker??) DAN DAPAT APA JUA YG DIHAJATI... Erkkk ntah apa-apa ntah greeting aku ni..... chiowwww!!!

Saturday, December 13, 2008

TRACK LISTING


Disc 1
1. Diam
2. Assalamualaikum

3. Mantera Beradu featuring M. Nasir
4. OK featuring Cat Fabuloso
5. Rasta Say
6. VVS1 featuring Chi Qa
7. Kau Yang Punya featuring Najwa

8. Pergi Jauh featuring Elvira
9. Jom Cerita Hantu
10. Khayal


Disc 2

1. Masih Khayal (Bangun) featuring Zaf
2. Dalam Aku Ada Hantu

3. Rahsia
4. Layu
5. Aku Di Kuala Lumpur
6. KL Streets featuring Lah

7. OK (Chill Money Remix) featuring DJ Fuzz
8. OK (Go DJ Remix) featuring Young Arif of KLG Sqwa
d
9. Kau Yang Punya (5 Mic Remix) featuring Najwa, Zaf, Lah and Elvira
10. Diam





Vazz Kosmo Ahad 26 Oktober 2008

Manifesto Malique

Kreativiti dan eksplorasi musik Malique, nyata mengesankan. Salah seorang duo hip hop Too Phat yang cuba bergerak melalui projek solo yang dinamakan OK ini nyata juga bukan sekadar ingin melebarkan jalur musiknya, tetapi menyampaikan manifesto tersendiri.
Secara fizikal, orang akan mengatakan bahawa hip hop milik Barat. Namun di tangan Malique, dia menukar fitrah ini dengan menyadurkan elemen musik Timur yang cantik.
Sementelah dia juga menyalurkan pelebagai isi tersirat dalam setiap karya y
ang dihasilkannya besama teman yang tak kalah hebat, D'Navigator serta nama seperti Dj Fuzz
Kolaborasinya juga menyaksikan dia berkerjasama dengan teman-teman serat
a Asia untuk menjayakan manifesto serumpunnya ini.
Malique nyata mengunakan medium ini sepenuhnya untuk memperjuangkan bangsa Melayu yang mudah lupa. Semangat yang sama juga dihembus dalam koloborasinya bersama M. Nasir melalui Mentera Beradu selain kata sinikal buat budaya mahu menjadi individu 'pop' dalam Rahsia.
Begitu juga magisnya lirik yang dicoretkan dalam hampir 20 buah karya yang mengisi produk dengan kualiti produksi tanpa sangsi ini.
Dan saya merumuskan OK sebagai produk yang menyampaikan suara juga meseg dalam sebuah melodi. Jika ia adalah sebuah buku, OK merupakan wacana paling sempoi untuk dijadikan panduan menyedarkan diri bahawa hidup biar moden, perlu punya peg
angan dan ada kesedaran untuk bersaing.
Komen Maliah : Malique harus terus wujud dan berkarya untuk membantu generasi baru mengenal medium musik jauh daripada sekadar glamor.



Taken from Berita Harian


9 October 2008

Oleh Zul Husni Abdul Hamid

ALBUM: OK
ARTIS: Malique
GENRE: Hip Hop


NAMA yang terlebih dulu mencipta populariti menerusi gabungan bersama Joe Flizzow membentuk duo Too Phat ini turut mencuba nasib menerusi penghasilan album
solo pertamanya, Ok.
Seperkara yang cukup sulit buat Malique dalam penghasilan Ok pastinya mencari lagu yang mampu menyaingi kekuatan yang pernah dilakar ketika bersama Too Phat dulu.
Namun, sesuatu yang wajar dipuji mengenai Ok adalah keupayaan Malique menyatukan elemen artistik tetapi pada masa sama tidak meminggirkan aspek komersial.
Ia tidak mudah untuk dilakukan tetapi Malique berjaya membuktikan pengalaman mematangkannya mengenal pasti apa yang terbaik untuk diketengahkan dalam Ok.
Dihasilkan sepenuhnya bersama nama seperti D'Navigator, Zaf selain komposer tersohor, M Nasir yang bersatu dengannya dalam Mentera Beradu, Ok mengetengahkan nilai artistik yang tinggi untuk sebuah album hip hop Melayu.
Harus dipuji adalah kekuatan Malique dalam memilih seni kata yang cuku
p indah melatari Ok. Ciri yang meletakkan Ok dalam kelas yang sangat istimewa selepas sekian lama penggemar muzik tempatan disuakan dengan lirik ringan.
Jujurnya, Ok menggambarkan sepenuhnya kekuatan dan perjuangan Malique untuk menegakkan seni dengan menjadi dirinya sendiri. Itu yang akan ditemui dalam Ok.
Kata Hip:
SEBUAH album yang melengkapi apa yang diklasifikasikan sebagai antara produksi terbaik dihasilkan ketika industri hiburan tenat dalam mencari penerbitan berkualiti.

______________________________________________________________________________________


Written by Ahmad Izham Omar

Founder and Managing Director of Positive Tone, CEO of Monkey Bone Records, CEO of 8TV, and Head of Radio Network - Media Prima (HotFM and FlyFM)

25 July 2008


OK is one of those albums that have managed to combine superb artistry with a deliberate and focused mass appeal. And that's not easy to do.
Artists who get lost in 'trying to break new ground' more often than not lose the normal music fan in the process.
Not so with OK. Right from the onset, we are hit with infectious grooves that would move even the most-hardened and beat-weary listener. The rhythms and beats never sound forced into the fresh and new. They are made as if its a given that they will sound effortlessly progressive.
However, to me the real master strokes of the album has got to be in the poetry laid on top of these beats. Malique's words and rhyme slither effortlessly and charmingly into your ears, a most pleasing experience indeed. His choice of words and innovative rhyming meters is a work of art, as if chiselled into form from a swirling mass of seemingly-disconnected words that must be perpetually surrounding his consciousness.
The fact that this progressive approach to rap and rhyme has been done mostly in the Malay language is a landmark event in itself. I daresay that this album deserves to be studied, not just by hip-hop fans, not just by music fans, but by Dewan Bahasa Dan Pustaka itself.
Language, at its core, is an expression of the human form. And this studied evolution of the Malay language in the rap art form is actually a study in an exciting evolution of Malay poetry. Disguised as catchy radio-friendly hip-hop music.
Malique has gone where no Malay album has ever gone before. And with him as our guide, our journey can be nothing short of pure fun.





DELIVERY
FOR LAZY AND ANTISOCIAL PEOPLE:
STREET TEAM NIGHT DELIVERY STRAIGHT TO YOUR HOUSE, 6PM TO 2AM DAILY (KL AND SELANGOR ONLY)
RM35 PER ALBUM, CASH ON DELIVERY
AS EASY AS ORDERING MCD'S.
SMS 0173760641









Monday, October 6, 2008

Penat, sensara..... Itulah yg skang aku hadapi ni. Sebelum raya pertama, tayar belakang scooter aku kene cucuk paku. Bila dah naik kete seminggu pegi kerja hari raya ke-3 plak kete yang aku bawak tu gear box pecah. Tersadai kat tepi jalan Pandan Indah. Sabtu tu plak aku sanggup amik MC nak betulkan motor tu sebab ari tu je kedai baru bukak. Ahad cuti. Malam tu plak ingat nak lepak Time Square naik motor. OTW kesana tiba kat Serdang je motor tu buat hal plak.... Kena benda yang sama. Skang motor tu plak tersadai kat pondok guard Kelab Lumba Kuda Serdang. Terpaksa tido kat rumah member aku kat sana. Walaupon aku selamat utk pergi kerja mengguna kan perkhidmatan awam ni, aku still thinking bila aku nak settle kan masalah tu? Ada ke masa aku? Bengkel plak bukak pagi sampai petang. Paling kuat pon kol 9pm. Ermm............ Aku penat dow..... Aku tak tahan la macam ni........

Friday, October 3, 2008

Raya pertama macam biasa lah aku kene kerja. Raya ke-2 plak cuti sehari tak tau nak buat apa. Bangun tidur je dah pikir nak buat apa. Rumah still takder org lagik. Sumer balik kampung. Bangun kol 12.00pm. Aku terus pergi basuh baju, sudai baju, kemas rumah n lastly on internet. Perut lapar. Call Idham suh teman makan. Kitorang lunch kat Secret Receipe Kajang. He's a nice guy. Cute. Talkative. And also as a motivator on love topic. Tengah makan tu, Imp sms aku dia cakap dia bosan tak tau nak gi mana. Kebetulan cuti kitorang sama.
After we had lunch, I straight away call Imp and ask where she want to go? Masing-masing tak tau nak gi mana. Lastly aku pick-up Imp(love seekers), Debra(mak hayam hensem) and Shaidan(bapak ayam besar) kat opis. Bawak diorang gi rumah aku jap. Lepak2 sementara tunggu aku mandi diorang kat bawah layan TV. After that aku ajak diorang lepak Alamanda. Konon2nyer nak gi karaoke. Sampai2 sana jer karaoke tu tutup cuti raya. Perghhh keje kat karaoke pon dapat cuti raya siot...... Makan kat RasaMas tuh... tak pernah makan sana kan. Ye la, kalau dah nama yg tak pernah dengar ni manalah kita nak gi kan....
Lepas makan tu, dalam kol 9.30pm kitang gi Ampang Park, karaoke kat sana plak. Nak citer pasal time karaoke tu plak macam biasa la... Masing2 nyanyi ala2 artis kan..... Tetiber jerk kawan (kawan ker???) Shaidan datang. Ermmm KANTOI lahh Shaidan..... Hahahaha...... Statement kau spastic kan..... (abang aku pinjam kete....) Hahahahaha.... Anyway, nice to spent time with uolssss....
Pasni kita lepak minum kat area rumah Debra plak. Lepak kedai cina k. Kat area meje kitorang ada 3 ekor asuk(hanjeng) bergelemparan ala-ala nak pose maut macam dah nak mati (stok nak tipu kete2 yang lalu kat situ laaa..) Hahahaha!!! Aku amat gembira tahap kagum. At least aku tak buang masa time aku off day.

Saturday, September 27, 2008

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Assalamualaikum w.b.t kepada semua staff Umobile. Dikesempatan ini staff dari CSR dept. yg bernama BenNurudin (skema siot ayat... hehehehe) ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN andai kata selama perkenalan saya dgn anda semua ada menyakiti atau pon terkasar bahasa dlm floor mahupon luar floor. Aku mintak maap byk2...itu semua datang dari kelemahan diri saya sendiri. Kepada otai2 Umobile yg terdahulu jasa anda amat saya ingati dan hargai. Dan juga kepada otai yg masih lagi ada lagi kat Umobile ni saya ucap kan berbanyak2 terima kasih atas pertolongan dan juga tunjuk ajar selama sy berada disini..klu nak sebut nama sorg2 mmg smpi raya pon xabih ni. So kepada sapa2 yg mengenali aku atau pon xkenal aku ucap byk2 terima kasih atas tunjuk ajar korang semua. Semoga kita dpt mengerat kan lagi tali persahabatan antara kita semua..insyaallah...terima kasih kawan2...SELAMAT HARI RAYA IKHLAS DARI KU nurudin.jamit@u.com.my




Friday, September 26, 2008

Office aku baru decorate for Raya. Simple je.. Lampu kelip-kelip ngan ang pow tampal-tampal. Tapi ok la dari takder kan..... Hahaha.....




Kusyuk buat lemang guna ang pow tampal-tampal....



Wednesday, September 17, 2008

Ngantok giler!!!!!! Tak tahan!!!!! Rasa macam nak ambik MC je...... Skarang ni baru pukul 8.50am. Baru masuk office. Mana tak nyer, aku bleh layan dvd kat rumah Paen sampai tak hengat tido. Malam tadi yang ada kat rumah tu, aku, Sheema, Ariq, Pejal dgn Imp. Kitorang layan cerita "Ceritaku Ceritamu" kak Ogy punya citer. Layan giler...... Kelakar pon ada. Biasalah, cerita lama awal 80an yang cakap ala-ala sopan baku gitu. Teringat zaman mak-mak kita kan masa muda-muda dulu.


Ngantok arrrrrrrr macam mana aku nak cakap ngan cutomer ni..... Sure aku melalot punyer. Tadi lepas briefing pon aku mintak break 5 minit buat kopi. Giler ar. Mata aku mcm nak tertutup otomatik je ni. Hahaha... Tapi kalau aku kena dengan customer macam sial baru mata aku terbeliak besar. Ishhhh dah la ngantok, bosan plak tu takder keje. Tapi bagus la tak banyak complaint. Ni baru pagi blom tahu lagi petang kang mcm mana plak. Sabar je la aku.